Selayang Pandang

Pada tahun 1991, Lead System (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1992 pula, kami menjual kamus elektronik berjenama BESTA sejajar dengan misi untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu.

Kami mempunyai melebihi 100 wakil jualan dan cawangan di seluruh Malaysia untuk menyediakan kemudahan pembelajaran bahasa yang sempurna. Kami boleh dikunjungi di Pusat Khidmat Pelanggan dan Bilik Pameran Besta yang terletak di Pearl Point Shopping Mall, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Berkunjunglah demi kejayaan anda dan menambah pengetahuan tentang bahasa secara efektif.

Sesudah menjangkaui usia melebihi 11 tahun, dengan tiupan semangat “Lead” untuk menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pembelajaran yang cukup bernilai tinggi, inovasi teknologi, dan kepuasan pelanggan, kamus elektronik berjenama Besta memberi perhatian khusus kepada jualan di kalangan komuniti Malaysia. Produk berjenama Besta telah berjaya menjadi kamus elektronik yang unggul di pasaran hari ini. Fungsi kamus elektronik Besta berkembang daripada fungsi sistem tidak bersuara ke era baru di mana sumber pangkalan data yang berlebihan, sebutan yang jelas dan terang, fungsi slot berkembar, muat turun internet dan pelbagai fungsi lagi.

Pada tahun 2000, pelancaran kad IC M1009 Kamus Perdana menerima maklum balas yang sangat baik daripada pengguna sebagai sebuah bahan rujukan utama dalam 3 bahasa: Melayu, Inggeris dan Cina. Ia sekaligus menjadikan Besta terus menjadi jenama kamus elektronik yang unggul di rantau ini.